Wednesday, 23 January 2013

Gambaran 3D Kubah Surau Ar Redhuan . Pembinaan Kubah Menggunakan Komposit Yang Tahan Lebih  Lama Dan Ringan . Jubin ( tiles ) berwarna hijau diimport dari Spain .


pemandangan keseluruhan kubah 


"cross-section" kubah


pandangan dari bawah


pandangan dari tepi ( luaran dan dalaman )

luaran 25 kaki lebar
dalaman 23 kaki lebar 




Penyediaan tapak untuk lantai Surau Ar Redhuan hampir selesai. 'BRC' telah dihantar ketapak surau dan akan dipotong mengikut ukuran tapak.....SUMBANGAN ANDA AMAT DIHARGAI....Wsllm






22 Jan 2013

22Jan13. Kerja-kerja meratakan tanah tapak lantai Surau Ar Redhuan dilakukan. Simen konkrit diratakan pada tapak sebelum plastik 'DPC' dibentang pada permukaan tapak. Selesai 'pembentangan' DPC ini besi BRC akan diikat pada besi tetulang yang sedia ada sebelum simen premix dituang. SUMBANGAN KAUM MUSLIMIN AMAT DIHARGAI untuk kelancaran pembinaan ini. PAHALA WAQAF INI AKAN TERUS HIDUP LAMA SETELAH KITA MATI.....WSLLM 





Asm. Hujan sepanjang malam tadi sedikit sebanyak membantu memampatkan lagi tanah yang telah ditambak. Selepas ini akan didirikan 'frame' untuk membuat 'column' atau pun tiang. Untuk 'column' berandah akan di apit dengan 2 batang tiang bulat yang kemudiannya akan dibuat 'arch'. Sdra/i boleh mewaqafkan tiang2 bulat ini pada kadar RM70/batang. Sebanyak 80 btg tiang diperlukan. Wang boleh dimskkan terus keakaun CIMB BANK NO: 0401-0000196-108 atau BANK MUAMALAT NO: 0401-0004537-71-5.....WSLLM





Friday, 11 January 2013

Kerja-Kerja Berakhir 5 Januari 2013

Kerja-Kerja Berakhir 5 Januari 2013.Kerja kerja ditangguhkan selama seminggu untuk membolehkan simen premix mengeras.Kerja kerja akan disambung semula pada 14 Januari 2013.Sebanyak 40 - 50 buah lori tanah merah diperlukan untuk lantai surau.Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian pada kadar Rm 60 selori.













           


                            TENAGA KERJA DAN PENGURUSAN PEMBINAAN SURAU



Thursday, 3 January 2013

KERJA-KERJA PEMBINAAN SEHINGGA 28 DISEMBER 2012

Surau ArRedhuan Taman Semabok Perdana Melaka. Lebih 13 ton besi telah digunakan setakat ini untuk kerja-kerja tetulang asas. SUMBANGAN AMAT DIPERLUKAN