Wednesday 12 June 2013

Asm. Harini 11 Jun 13 kerja2 memotong/membengkok besi tetulang untuk dimskkan kedlm kepuk yg telah disiapkan dimulakan. Dijangkakan ianya dpt disiapkan pada hari khamis. Seterusnya simen 'ready- mixed' akan dituang. Kerja2 asas pembinaanSurau Ar Redhuan Taman Semabok Perdana hampir siap sepenuhnya. Semoga AlLah SWT yg Maha Kaya lagi Maha Penyayang jualah yg membalas doa dan infa' sdra/i. 










Asm. Harini 5Jun13, kerja2 menyiapkan kepuk sebagai frame tulang rasuk diantara tiang utama Surau Ar Redhuan Taman Semabok Perdana, Melaka siap dilakukan. Seterusnya besi tetulang akan dimasukkan didalam kepuk2 yg telah siap. Dijangkakan selewat2nya pada pertengahan minggu hadapan ianya dapat disiapkan sepenuhnya. Faktor cuaca juga mamainkan peranan. Doa dan sumbangan sdra/i amat dihargai. 










Asm. Harini 1jun13. Hujan yg turun bersama angin malam menyamankan tapak pembinaan Surau Ar Redhuan Taman Semabok Perdana Melaka. Sementara itu kerja2 menyiapkan 'frame' alang2 antara tiang utama diselaraskan. Kerja2 'menaikkan' tembok/dinding tingkat atas akan dimulakan pada minggu hadapan. Bersyukur dan terima kasih yg tidak terhingga kami diatas doa dan sumbangan sdra/i. Semoga AlLah SWT Yang Maha Kaya lagi Maha Penyayang jua yg membalasnya. Sdra/i yg ingin menyumbang, dipersilakan









Asm. Malam ini 28mei13 kami kekilang membuat KUBAH untuk Surau Ar RedhuanTaman Semabok Perdana, Melaka. Kedua2 buah 'panel' untuk kubah kecil bahagian hadapan surau siap sepenuhnya. 'Frame' kubah utama sedang disiapkan. Kami masih menunggu kelulusan pengecualian duti impot dari pihak Kementerian Kewangan keatas JUBIN yg ditempah dari Jepun dan dibawa masuk melalui Singapura. Kerjasama pihak berkenaan diminta agar dipercepatkan kelulusan tersebut supaya kerja2 seterusnya dapat diteruskan. Jubin berwarna hijau yg akan dipasang pada panel ini menyerupai warga yg digunakan pada kubah hijau Masjidil Nabawi di Madinah. Doa dan sumbangan sdra/i amat diperlukan. Mudah2an kerja2 pembinaan ini mengikut perancangan. WalLahu Alam..










Asm. AlhamdulilLah.. Sujud syukur kami kepada AlLah Yang Maha Pemurah. Sejak dibuka saham pada 23mei13 langganan saham batu bata untuk dinding/tembokSurau Ar Redhuan terlebih langganan sebanyak 1.7 kali. Semoga AlLah SWT yg Maha Kaya dan Maha Penyanyang jua yg membalasnya. Lebihan dari langganan ini akan kami gunakan untuk membeli pasir, batu konkrit dan simen premix (siap bancuh) JAZAKALLAH KHAIRAN KHATIRAN....Sementara itu kerja2 memasang besi tetulang untuk 'flat-roof' mula dipasang sebelum konkrit premix dituang pada hari rabu ini. Sdra/i yg ingin membeli saham AKHIRAT ini masih boleh berbuat demikian. Masih BANYAK DANA YANG DIPERLUKAN.










Asm.....TAWARAN MEGA SAHAM AKHIRAT SEMPENA ISRA' DAN MI'RAJ.. Tawaran adalah dibuka kepada WARGANEGARA AKHIRAT yang BERMASTAUTIN diDUNIA untuk membeli saham dlm bentuk batu bata untuk dinding Surau Ar Redhuan Taman Semabok Perdana Melaka. Tawaran pembelian batu bata ini terhad kpd 50 pellet (360 biji batu) sahaja yg setiap satu bernilai RM240/. Tawaran sah sehingga Sabtu 25 mei13 atau sementara 'stok' masih ada. Sekiranya didapati lebihan langganan, saham2 anda akan di'convert' ke BOND/SUKUK. Pemberian dividen dari BOND/SUKUK ini tiada had minima atau maksima dan dijamin sepenuhnya olih KERAJAAN ALLAH. Dividen dari bond/sukuk/saham ini boleh ditebus dan digunapakai sejak hari pertama diliang lahad dan sah tempoh laku sehingga hari diberikan suratan amal diPADANG MASHYAR. Kaum keluarga, waris, wali walak dan handai taulan warganegara yg telah berpindah keALAM BARZAKH juga digalakkan melanggan saham mega ini