Muslimin dan Muslimat yang dirahmati ALLAH.
ALHAMDULILLAH segala puji dan syukur kepada ALLAH S.W.T.
Selawat dan salam kepada ALHABIB Junjungan Alam RASULULLAH S.A.W
Diantara syiar-syiar ALLAH S.W.T dimuka bumi ini ada 5 perkara (menurut AlHabib Umar bin Hafiz -seorang ulama' tersohor dari Yaman)
1) RASULULLAH S.A.W
2) AL QURANUL KARIM
3) KAABAH BAITULLAH (Rumah ALLAH) termasuk masjid2 diseluruh dunia
4) SOLAT 5 waktu sehari semalam
5) Bulan RAMADHAN AL MUBARAK
Mereka mereka yang mensyiarkan syiar-syiar ALLAH dimuka bumi ini adalah petanda mereka yang mempunyai hati yang bertaqwa kepada ALLAH.
Insya ALLAH, sebuah lagi syiar ALLAH akan didirikan diTaman Semabok Perdana, Melaka Bandaraya Bersejarah. Sebuah surau setinggi 2 tingkat yang boleh memuatkan 600 orang jemaah telah mula dibina.Antara ciri-ciri unik surau ini ialah kubahnya mirip kubah MASJID NABAWI di MADINAH AL MUNAWARAH DAN SEBUAH MENARA SETINGGI 80 KAKI mirip menara MASJIDIL HARAM di MAKKAH AL MUKARAMAH.
Kos perbelanjaan surau ini dianggarkan sebanyak RM1.5 JUTA
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT yang dikasihi ALLAH,
Dana untuk pembinaan Surau ini ada hasil derma, sadaqah jariah, waqaf dll dari orang ramai, badan-badan sukarela, koporat dan lain-lain yang dipilih ALLAH.
Oleh itu, kami Ahli Jawatan Kuasa Pembinaan Surau amat mengharap dan merayu agar saudara-saudari, Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan ikhlas bagi pembinaan Rumah ALLAH ini.
Kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan dan Insya ALLAH sekiranya dana mencukupi ianya dijangka siap pada akhir Mei 2013.
Sumbangan boleh dibuat atas nama: J/KUASA PEMBINAAN SURAU TAMAN SEMABOK PERDANA
Akaun Bank:
BANK MUAMALAT - 0401-0004537-71-5
CIMB BANK - 0401-0000196-108
Anda juga boleh berpeluang untuk menyumbang bahan-bahan yang diperlukan seperti kubh, genting Glase, Permaidani (untuk ruang solat) PA system, simen, pasir dll.
Bersama-samalah kita membantu agama ALLAH S.W.T dan semoga ALLAH S.W.T membantu dan meneguhkan iman kita didunia dan akhirat.
Sebarang pertanyaan/sumbangan sila hubungi:
Ustaz Hj Mustapha Bin Hj Mohamed (Pengerusi) - 019-6172865
Hj Abu Husin Bin Ismail (Tim Pengerusi) - 016-6111310
Hj Shahadan Bin Md Lani (Bendahari) - 012-6066434
En Abd Razak Bin Abu Bakar ( Setiausaha) - 0136811242
SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBALAS APA JUA KEBAIKAN YANG TUAN/PUAN BERIKAN. AMIN
KEBENARAN MEMUNGUT DERMA KHAIRAT DI BAWAH FASAL 94 ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK NEGERI MELAKA NO. 7 TAHUN 2002, (KEBENARAN BIL 03/2011 - 8 JUN 2011)